Thursday, July 9, 2009

Penantian yang telah berakhir...


Lama sudah tidak mencoret kata. Mungkin kesibukan sejak kebelakangan ini menghalang diri ini untuk mencoret post baru. Apakan daya kesibukan mengatasi segala-galanya dan kadang-kadang membuat diri ini sangat stess. Puncanya hanya satu iaitu persiapan menyambut tetamu baru di kolej. Walaupun penat, namun keterujaan diri ini bertemu adik-adik lebih tinggi. Fenomena biasa agaknya bila dah jadi senior. Keringat yang keluar ini kadang-kadang mencetuskan persoalan adakah ia berbaloi. Dengan mengikuti beberapa fasa kursus untuk persiapan pelajar baru bagi diri ini pada awalnya terasa sudah lebih dari cukup.

Hari pertama kedatangan pelajar baru ke kolej membawa dimensi baru terhadap diri ini, lebih-lebih lagi apabila semua PM diarahkan memakai topeng, katanya sebagai langkah berjaga-jaga untuk H1N1. Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan di benak ibubapa yang datang, mencurah-curah soalan di tanya. Jawapan yang diberikan hanya satu, sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun penat menghadapi kerenah pelajar baru dan ibubapa, pendaftaran tetap berjalan dengan lancar, Alhamdullilah.
Kebanyakan junior yang mendaftar adalah terdiri daripada pelajar akademi pengajian islam.
Pelbagai aktiviti telah di rencanakan walaupun diberikan tempoh yang sangat singkat oleh pihak pengurusan. Semuanya gara-gara H1N1. Segala program yang di rancang pada awalnya terpaksa di rombak hampir 100%. Bebanan kerja yang bertambah menyebabkan ramai PM mengalami masalh kesihatan. Namun demikian, patut di kagumi kerana komitmen yang diberikan sangat bagus.
Segala aktiviti berlangsung di kolej kerana kami semua ditegah untuk berkumpul dalam kumpulan yang ramai melibi 500 orang. Dengan istilah yang lebih tepat, kami telah dikuarantin dalam kolej sendiri. Menyebabkan berjalannya Haluansiswa yang sangat membosankan.

No comments:

Post a Comment