Tuesday, March 23, 2010

IRONMAN LANGKAWI MALAYSIA 2010



Sudah hampir 3 minggu berakhir namun masih terasa kehangatan yang sememangnya membakar. Memang betul-betul terbakar, sukar untuk digambarkan. Satu pengalaman yang amat bermakna apabila berdepan dengan bermacam ragam manusia yang sukar dijangka. Selama 4 hari di Langkawi boleh dilihat bagaimana kelam kabutnya pengurusan sehingga terdapat peserta antarabangsa yang merungut "management, disaster". Terasa sangat terhina dan malu menjadi salah seorang crew dalam acara ini. Walaubagaimanapun, keadaan itu bukanlah apa-apa bagi kami namun bahangnya tetap terasa apabila program ini diadakan di Malaysia. Dan secara tidak langsung mencemarkan imej negara dengan pengurusan yang teruk terhadap program bertarap antarabangsa ini. Kalau diikutkan, program ini kononnya mempunyai 1500 orang sukarelawan. Yang menjadi persoalannya, kenapa kelihatannya crew yang sama dilokasi tugas yang berbeza. Sehinggakan terdapat segelintir peserta menegur & perasan keadaan ini.

Thursday, July 9, 2009

Penantian yang telah berakhir...


Lama sudah tidak mencoret kata. Mungkin kesibukan sejak kebelakangan ini menghalang diri ini untuk mencoret post baru. Apakan daya kesibukan mengatasi segala-galanya dan kadang-kadang membuat diri ini sangat stess. Puncanya hanya satu iaitu persiapan menyambut tetamu baru di kolej. Walaupun penat, namun keterujaan diri ini bertemu adik-adik lebih tinggi. Fenomena biasa agaknya bila dah jadi senior. Keringat yang keluar ini kadang-kadang mencetuskan persoalan adakah ia berbaloi. Dengan mengikuti beberapa fasa kursus untuk persiapan pelajar baru bagi diri ini pada awalnya terasa sudah lebih dari cukup.

Hari pertama kedatangan pelajar baru ke kolej membawa dimensi baru terhadap diri ini, lebih-lebih lagi apabila semua PM diarahkan memakai topeng, katanya sebagai langkah berjaga-jaga untuk H1N1. Keadaan ini menimbulkan pelbagai persoalan di benak ibubapa yang datang, mencurah-curah soalan di tanya. Jawapan yang diberikan hanya satu, sebagai langkah berjaga-jaga. Walaupun penat menghadapi kerenah pelajar baru dan ibubapa, pendaftaran tetap berjalan dengan lancar, Alhamdullilah.
Kebanyakan junior yang mendaftar adalah terdiri daripada pelajar akademi pengajian islam.
Pelbagai aktiviti telah di rencanakan walaupun diberikan tempoh yang sangat singkat oleh pihak pengurusan. Semuanya gara-gara H1N1. Segala program yang di rancang pada awalnya terpaksa di rombak hampir 100%. Bebanan kerja yang bertambah menyebabkan ramai PM mengalami masalh kesihatan. Namun demikian, patut di kagumi kerana komitmen yang diberikan sangat bagus.
Segala aktiviti berlangsung di kolej kerana kami semua ditegah untuk berkumpul dalam kumpulan yang ramai melibi 500 orang. Dengan istilah yang lebih tepat, kami telah dikuarantin dalam kolej sendiri. Menyebabkan berjalannya Haluansiswa yang sangat membosankan.

Saturday, April 4, 2009

Jangan makan air tangan orang x solat..

Arini tetibe jerk terbuka pintu hati nak bukak buletin yang member sekolah lame kat Ipoh...die sekarang duk ALAM....dalam seronok duk meniliti butir2 perkataan yg di tulis..aku ter tarik ngan tulisan sal 'jangan makan air tangan orang x solat'... terdetik plak nak kongsi ngan orang len...so, ikutilah....

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S. Begini kisahnya...

pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..

Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..
Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak.

Sunday, March 8, 2009

Berbudi bahasalah!!

RAKYAT Malaysia tidak kira apa bangsa dikenali sebagai orang timur yang terkenal dengan budi bahasa. Cuma ada segelintir sahaja yang gagal mengawal emosi akibat provokasi yang dijelmakan oleh sesetengah pihak.
Salah-menyalah dan tuding-menuding sudah menjadi budaya kita demi melepaskan tengkuk masing-masing. Situasi sebegini adalah lumrah di Parlimen mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.
Di Malaysia, suasana itu semakin hangat sejak pakatan pembangkang mendapat banyak kerusi di Parlimen. Di negara-negara yang mengamalkan demokrasi sejak beratus tahun dahulu seperti Britain dan Amerika Syarikat, tuding-menuding dilakukan dengan fakta dan hujah matang yang jauh dari bersifat meraih populariti. Sebaliknya demi memajukan negara mereka ke tahap lebih membanggakan dan lebih dihormati oleh kawan dan lawan.
Bahasa jiwa bangsa dan Rukun Negara terakhir - kesopanan dan kesusilaan adalah jati diri rakyat Malaysia.
Pelancong asing berasa selesa berjalan di serata negara kita. Ada pelancong yang berulang ke negara kita hanya kerana yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi yang indah itu bahasa.
Malangnya budi bahasa yang kita banggakan seantero Malaya dan dunia global ini diberi wajah yang berlainan di Parlimen. Bukankah dewan yang mulia itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Emosi luar dewan dibawa bersama ketika berbahas dan kematangan yang dituntut bertukar menjadi luahan emosi yang mengguris hati rakyat.
Mungkin ada asas untuk pihak yang beremosi dalam berkata apa yang ingin diluahkan. Tetapi harus diingat tangan yang berani mencincang harus mempunyai bahu yang kuat untuk memikul hasil cincangan.
Berani kerana benar takut kerana salah memang falsafah orang yang bersifat pejuang. Tetapi biarlah perjuangan atas dasar untuk rakyat yang memilih bukannya mempamerkan sifat ayam jantan yang berkokok di malam hari.
Rakyat menyandarkan harapan untuk setiap ahli Parlimen yang dipilih berjuang demi kepentingan semua rakyat. Masa di Parlimen terlalu berharga untuk dibazirkan dengan episod tuduh-menuduh dan provokasi yang dicetuskan hanya kerana rasa tidak puas hati.
Budi bahasa yang paling tinggi nilainya ialah memperkatakan sesuatu yang buruk dengan cara dan nada yang elok. Parlimen sepatutnya menjadi medan untuk membantu rakyat yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi dunia tidak kira dari blok mana ahli Parlimen itu berada. Perbahasan penuh etika dan berbudi bahasa penting agar menjurus kepada membela nasib rakyat dengan penuh hikmah dan sistematik.

Dimanakah kita???????



SEPERTI ada agenda bersiri, perkara-perkara berkaitan kepentingan bumiputera dan orang Melayu terus menjadi serangan rasa tidak puas hati pihak tertentu.
Selepas ekuiti bumiputera, kontrak sosial dan ketuanan Melayu, dasar kerajaan membantu kaum bumiputera pula dituduh sebagai 'apartheid'.
Reaksi daripada provokasi bersikap perkauman seperti itu sebenarnya sudah dapat diduga. Masyarakat bumiputera dan orang Melayu berhak rasa terguris kerana kenyataan seperti itu langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada nilai-nilai perpaduan kaum di negara ini.
Ia juga sama sekali tidak berasas selepas beberapa generasi kaum yang didakwa kononnya tertindas mengecapi kemewahan hidup lebih baik daripada kaum bumiputera sendiri.
Justeru, kita pastinya tertanya-tanya, apakah niat dan agenda di sebalik pertikaian berterusan ke atas hak kaum bumiputera dan orang Melayu itu?
Apa yang cuba disentuh mengenai keistimewaan kaum bumiputera termasuk dalam tuduhan apartheid ini sebenarnya sudah acap kali dibincangkan, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Penjelasan mengenai kontrak sosial, ketuanan Melayu dan Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan sangat meluas sama ada di media cetak, elektronik atau siber atas semangat perpaduan kaum.
Pakar-pakar sejarah sama ada Melayu, Cina dan India juga sudah penat melontarkan pandangan masing-masing dalam memperjelaskan kedudukan sebenar setiap kaum dalam konteks kewarganegaraan.
Jelaslah, usaha itu di sisi pemimpin politik seperti Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau hanyalah sesuatu yang sia-sia.
Kenyataan seperti itu bukan sahaja menunjukkan beliau buta sejarah, malah turut menyebarkan kedangkalan dalam mentafsir nasionalisme kepada rakyat secara terbuka.
Adalah sesuatu yang membimbangkan dengan pengaruh yang ada, perjuangan bersifat perkauman seperti itu boleh meresap ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat yang bersamanya.
Jika dibiarkan, sentimen itu lama-kelamaan boleh menjadi seperti api yang membakar dalam sekam seterusnya mengancam perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Seharusnya kenyataan berbaur perkauman seperti itu tidak disambut oleh mana-mana pihak. Ia jelas dibuat dalam keadaan tidak rasional yang turut membelakangkan sifat-sifat profesional seorang pemimpin.
Maka, tidak seharusnya pemimpin-pemimpin lain serta rakyat terpengaruh dengan kenyataan yang berniat sengaja mencari publisiti murahan semata-mata.
Dalam kes perang mulut antara Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Pemuda UMNO berhubung isu perkataan 'celaka' dan 'peluru' misalnya, gelagat kedua-dua pihak yang bertegang urat sangat memalukan.
Pemuda UMNO perlu sedar Karpal membangkitkan isu itu di dalam Dewan Rakyat yang mana beliau mempunyai imuniti.
Justeru, Pemuda UMNO tidak seharusnya cepat melatah dan mengikut rentak tidak sopan Karpal kerana kesannya berbalik kepada orang Melayu sendiri.
Aksi-aksi ganas seperti yang berlaku di luar Dewan Rakyat disaksikan oleh seluruh rakyat dalam suasana yang sangat cemas.
Dalam menangani situasi seperti itu, Pemuda UMNO seharusnya menyerahkan perkara itu mengikut lunas undang-undang, bukannya bertindak seperti menyimbah minyak ke dalam api.
Namun, persoalannya kini, selepas satu demi satu kenyataan berbaur perkauman dilemparkan, apa jaminan anasir-anasir yang boleh memecah-belahkan rakyat seperti itu akan berakhir?
Tanpa ketegasan daripada kerajaan, pemimpin politik yang sengaja menyentuh mengenai isu perkauman menjadi semakin berani dalam tindakan mereka bermain dengan isu-isu sensitif.
Hakikatnya kerajaan mempunyai undang-undang yang jelas dalam menangani isu-isu yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan kaum bumiputera di negara ini.
Akta Hasutan 1948 misalnya memperincikan mengenai perkara itu selari dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah dari sudut sejarah, negara pernah menyaksikan berlakunya peristiwa hitam tragedi 13 Mei 1969 akibat tindakan segelintir pihak mempertikaikan keistimewaan kaum bumiputera.
Pengajaran yang boleh dikutip daripada peristiwa itu sangat besar dan seharusnya tidak dibangkitkan kembali oleh sesiapa dan dalam apa jua bentuk sekali pun.
Perkara itu turut ditekankan oleh pensyarah dan koordinator penerbitan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed yang berpendapat, adalah tidak wajar untuk kerajaan bertangguh dalam menegakkan undang-undang ke atas individu yang jelas melanggar batas-batas perkauman.
Katanya, soal keselamatan dalam negeri adalah komponen yang sangat penting untuk dipertahankan, bukannya perkara yang boleh ditoleransi.
Justeru, undang-undang sedia ada perlu digunakan dalam mengekang sebarang kemungkinan tercetusnya situasi kekacauan dalam masyarakat akibat kenyataan yang berbentuk hasutan.
Apatah lagi dalam situasi tahap nasionalisasi segelintir pemimpin politik ketika ini boleh dipersoalkan, seharusnya undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih diperketatkan. Begitu juga dengan ancaman menerusi blog-blog berbentuk hasutan dan kebencian yang tersebar dan boleh dicapai dengan mudah.
Perlu difahami undang-undang itu langsung tidak menghalang sesiapa jua untuk melontarkan pandangan.
Tetapi ia sesekali tidak boleh menyentuh isu sensitif yang boleh mencetuskan kebimbangan dan huru-hara dalam masyarakat.
''Dalam erti kata yang lain undang-undang itu meminta untuk kita beradab, iaitu meletakkan sesuatu perkara di tempat yang sewajarnya," kata beliau.
Justeru adalah diharapkan, kerajaan dalam menangani isu sensitif yang menyentuh perkauman dan keagamaan lebih bersikap tegas mengikut undang-undang sedia ada.
Tindakan seperti itu mungkin sesuatu yang tidak popular, tetapi ia perlu kerana soal keselamatan dan keharmonian kaum bukanlah sesuatu yang boleh diperjudikan dengan apa-apa sekali pun.

KESIHATAN




SAKIT MENTAL TANPA SEDAR
Berita mengenai lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya sedikit sebanyak mengejutkan kebanyakan kita. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya kini sama adakah kita sendiri sebahagian dari pengidap penyakit ini.
Ramai yang beranggapan penyakit mental akan mengakibatkan seseorang dilihat berperangai aneh dan bertindak di luar batasan.
Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.
Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.
Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.
Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.
Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.
Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.
Tetapi persepsi di kalangan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu mereka yang mengidap penyakit ini apatah lagi jika ada di antara kita yang terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.
Bagaimanapun dengan kemajuan dalam bidang sains perubatan kini, penyakit mental seperti skizofernia dan lain-lain boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.
Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit dan mereka akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.
Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif
Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis.
Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.
Mungkin ada di antara kita yang melihat penyakit ini sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mungkin berlaku kepada dirinya. Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia, kemungkinan untuk seseorang untuk menghidap penyakit ini, kini semakin tinggi.
Ditambah dengan keadaan dunia sekarang dimana lebih ramai orang akan kehilangan pekerjaan pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi psikologi dan mental terutama bagi mereka yang berkeluarga.
Dunia sekarang menuntut penggunaan wang sebagai perantara dalam memenuhi keperluan dan kesan akibat kegawatan ekonomi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pemikiran dan perlakuan kita.
Bagaimanapun kita seharusnya perlu sentiasa berfikiran positif dan anggaplah segala apa yang berlaku kepada kita sebagai satu ujian dalam hidup.
Sesungguhnya tiada ubat yang lebih mujarab bagi semua insan selain menyerah dan mengadu nasib kepada tuhan yang maha esa dalam menentukan perjalanan hidup kita di bumi ini.





DHA untuk ransangan minda



Nutrisi yang baik sememangnya perlu dan penting untuk kanak-kanak. Untuk memperolehi fungsi otak yang optima, mereka perlukan kepelbagaian makanan yang sihat.
Malangnya, ramai di kalangan ibu bapa yang tidak menyedari bahawa perkembangan minda kanak-kanak adalah sensitif dan dalam masa yang sama memerlukan nutrien khusus bagi merangsang mindanya.
Ramai pakar pemakanan dan ahli perubatan menyarankan pengambilan asid lemak perlu yang seimbang untuk kanak-kanak, terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah pembelajaran, kelemahan daya fokus dan tingkah laku seperti ADHD dan juga alahan.
Kajian yang dibuat oleh penyelidik dan pakar perubatan pemakanan Kanada ke atas kanak-kanak ADHD mendapati 80 peratus daripadanya mengalami kekurangan asid lemak perlu Omega-3 (seperti yang diperolehi daripada minyak ikan) dan satu dalam lima orang kekurangan asid lemak perlu asid gama linolenik (GLA) seperti yang diperolehi daripada minyak evening primrose.
Kajian oleh universiti Oxford juga menyetujuinya, di mana kajian mendapati kanak-kanak yang bermasalah dengan tingkah laku atau masalah pembelajaran memberi respon positif dengan pengambilan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose.
Asid dokosaheksanoik daripada asid lemak Omega-3 dianggap antara nutrien ajaib untuk otak dengan menjadikan membran berlemak yang mengelilingi atau sekitar sel saraf dalam otak lebih fleksibel, membenarkan lebih neurotransmiter dipindahkan antara sel saraf (perhubungan) dan sekaligus mempertingkatkan keupayaan untuk berfikir dengan lebih cepat dan memberi tumpuan yang lebih baik.
Memandangkan asid-asid lemak perlu ini berada dalam konsentrasi tinggi dalam otak untuk membolehkan ia berfungsi secara normal, maka tidak hairanlah kekurangannya akan mempunyai kaitan dan memberi kesan kepada kemerosotan fungsi minda.
(fakta ini diperolehi hasil pembacaan dari akhbar tempatan)

KeHangataN Asean University Game 2008..


















Sukan satu wadah pemacu perpaduan kaum....sedar tidak sedar sebenarnya antara aktiviti yang boleh menyemarakkan perpaduan kaum adalah melalui sukan. Dimana, disinilah tempat kita bergaul mesra antara satu sama lain tanpa mempedulikan aspek perkauman.. Apa yang penting disini adalah kerjasama.. Bagi sukan berkumpulan terutamanya perpaduan dan kerjasama sesama ahli kumpulan tidak mengenal bangsa, keturunan, pangkat, darjat dan agama perlu dititik beratkan untuk mencapai kejayaan yang gemilang...